Thursday, 10 May 2012

Bukan ku minta lahir ke dunia.....


KEJAM...sebahagian rakaman video yang memaparkan kekejaman wanita memukul bayinya.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik ke laman web You Tube di Internet, semalam sebenarnya menerima hukuman setimpal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai.


“Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.

Tuesday, 8 May 2012

kemerosotan tamadun melayu dan islam...


40 Kesilapan IBU BAPA :


1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

KERJA GILA!!! UMAT ISLAM...


Ariff Alfian Rosli, Kahwin Gay di Dublin Ireland & Keluarga Ariff Tanggung Hutang RM890,000
30



Tak terkata kami dibuatnya berita kehilangan Ariff Alfian Rosli sebelum ini , ibubapanya mencarinya lebih 3 tahun. 8 kali turun naik kapal terbang tak jumpa-jumpa anaknya. Tup-tup, keluar berita yang asalnya datang daripada sebuah laman web dari luar negara yang memaparkan edisi perkahwinan melibatkan Ariff Alfian Rosli dengan pasangan juga seorang lelaki.
Biodata Ariff Alfian Rosli & Cerita Ringkas Mengenai KehilanganNya Sebelum Ini

Ariff Alfian Rosli, anak kedua daripada empat beradik. Bekas ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. Berjaya mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). Ariff Alfian Rosli menuntut di Dublin, Republik Ireland dalam bidang perubatan. Dihantar ke UK untuk membuat A Level.

pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)
Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
Petronas enggan terus menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup
Berikutan masalah kewangan, Ariff disaran agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi Ariff Alfian Rosli
Hubungan Ariff Alfian Rosli dnegan ibubapa mula terjejas
Sekarang, ibubapa Ariff Alfian Rosli berdepan dengan saman pihak Petronas melibatkan wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 sebagai penjamin pertama



Inilah yang dinamakan umat akhir zaman. Itu sebablah kita kena sentiasa ingat pada Allah supaya tidak terpengaruh dengan hawa nafsu yang menggunung. Kami tumpang simpati dengan kedua ibubapa Ariff Alfian Rosli ini. Segunung harapan mengharap anak disayangi pulang ke tanah air membawa segulung ijazah. Tapi apakan daya, yang dapat sijil kahwin pula.

Semasa kedutaan mengatakan Ariff Alfian Rosli berada di Ireland secara sah, timbul kemusykilan dikalangan kami sebenarnya. Bagaimana Ariff Alfian Rosli boleh dapat visa untuk tinggal lebih lama kalau sudah tidak belajar lagi sana? Mesti ada sebab-musababnya yang membolehkan beliau terus tinggal di sana. Akhirnya selepas berita ini berjaya dibongkarkan, rupanya Ariff Alfian Rosli telah “berjaya dapat visa kahwin”.



Gambar Ariff Alfian Rosli bersama-sama berita di akhbar di atas ditunjukkan oleh bapanya sendiri beliau pada masa itu baru sahaja menghabiskan SPM. Muda lagi masa itu. Dan ketika berita kehidupan sebenar Ariff Alfian Rosli di luar negara ketika ini, Ariff Alfian Rosli berumur sekitar 28 tahun. Dah lebih 10 tahun pun beza dengan gambar beliau ketika remaja.

Kami sendiri pun ketika menerima berita ini pun perasaan bercampur-baur. Marah…sedih dan takut bila baca kisah-kisah macam ni. Tambah-tambahapabila anak dah meningkat remaja dan mula nak kebebasan.



Tiba-tiba, ketika keluarnya berita Ariff Alfian Rosli kahwin dengan gay di Dublin Ireland heboh diperkatakan, keluar pula kenyataan daripada salah seorang artis Malaysia iaitu Azwan Ali di Twitter. Anda lihat sendiri apa yang cuba disampaikan beliau mengenai berita perkahwinan Ariff Alfian Rosli yang salah di sisi agama ini :

Walaubagaimanapun, kami lebih kasihankan ibubapanya.

Hilang anak
Kemudian bakal dikenakan tindakan saman daripada Petronas sekitar RM900,000
Anak berkahwin sesama jenis
Satu masalah yang cukup rumit melibatkan keluarga ini



Kepada ahli keluarga Ariff Alfian Rosli, diharap bersabarlah. Bersyukur Ariff Alfian Rosli masih hidup dan ada masa & ruang lagi untuk bertaubat. Ini semua dugaan daripadaNya. Banyakkanlah berdoa agar dibukakan hati Ariff Alfian Rosli untuk kembali ke pangkal jalan dan terimalah beliau seadanya.

Perkara ini dah pun berlaku. Lebih elok fokus untuk jalan penyelesaian untuk masa depan. Harap keluarga dan saudara-mara terdekat dapat berikan moral dan sokongan yang penuh kepada ibubapa Ariff Alfian Rosliini.

Keruntuhan Akhlak!!

Gambar Penari Tiang Melayu Yang Beragama Islam Didenda RM25?









Tidak menghairankan apabila kes keruntuhan akhlak dan jenayah susah benar nak dikawalnya. Masakan tidak, pengedar dadah pun tak takut dengan hukuman gantung sampai mati inikan pula yang terlibat dengan kes keruntuhan akhlak seperti gambar di atas ini….


SEREMBAN – Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

Setakat RM25 untuk kesalahan perlakuan lucah dan menjolok mata di khalayak ramai? “Mahal” lagi denda :

Denda buang sampah merata-rata
Tidak pakai tali pinggang keledar
Baling selipar atau kasut kepada mahkamah (menghina mahkamah) sehingga dipenjarakan satu tahun

Adakah ada yang akan membimbing mereka-mereka ini kembali semula kepada “jalan yang sebenar” atau selepas ini mereka ini akan meneruskan kegiatan mereka seperti biasa selagi tidak ditangkap buat kali yang kedua?

Diharapkan kerajaan lebih tegas dalam menangani masalah ini dengan mengubal undang-undang yang lebih munasabah pada masa ini. Di saat ini, mereka hanya dibicarakan di mahkamah majistret mengikut seksyen 21 akta ‘kesalahan kecil’, tidak layakkah mereka didakwa di mahkamah syariah?

P/S : kepada kedua-dua ibubapa bagi ketiga-tiga wanita ini, perhatian wajah anak-anak anda ini, perbetulkan mereka daripada terlajak lebih jauh lagi daripada yang berlaku sekarang. Apa pandangan anda pula?

Bapa baran tetak anak sendiri...

Seorang bapa sanggup menetak dan melibas dua anak lelakinya berusia dua dan empat tahun sehingga parah menggunakan pisau dan getah paip semata-mata mahu melepaskan geram selepas bertengkar dan membelasah isterinya di rumah mereka di Taman Padang Katong, di sini...


Dalam kejadian jam 2 petang, Khamis lalu, lelaki terbabit yang berusia 40-an pada mulanya bertengkar dengan isterinya yang berusia 39 tahun sebelum dia hilang pertimbangan lalu membelasah wanita itu...
Difahamkan, isteri terbabit dan dua anaknya banyak kali menjadi mangsa belasahan suspek yang panas baran, namun dalam kejadian Khamis lalu, sikap barannya itu keterlaluan apabila tergamak menetak dua anaknya menggunakan belakang pisau serta melibas mereka dengan getah paip sehingga parah...

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, selepas memukul isterinya, suspek mencapai pisau di dapur rumahnya lalu menetak kedua-dua anaknya pula menggunakan belakang senjata itu...

CIKARO GEJALA TERBARU GADIS BAWAH UMUR

"Saya membesar tanpa kasih sayang ibu bapa. Sejak kecil saya hidup bebas. Secara peribadi, memang mahu jalani kehidupan seperti rakan sebaya lain. Namun saya anggap semua ini suratan takdir"....

Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah..

Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekaligus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani..

Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali..

Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.

Rupa dan fizikalnya seperti remaja awal 20-an, tetapi hakikatnya usia gadis montok berkulit gebu ini baru menjangkau 14 tahun dan masih bersekolah. Lebih mengejutkan, pada usia itu remaja bertudung ini menjadi antara cikaro rebutan dan terkenal di beberapa lokasi 'panas' tumpuan samseng jalanan sekitar ibu kota. Dibesarkan dalam keluarga berantakan dan terbiar tanpa belaian kasih sayang ibu bapa menjadi alasan Nina untuk hidup bebas tanpa batasan agama. Namun jauh di lubuk hatinya, dia tetap berkongsi impian sama dengan rakan sebaya lain iaitu menjalani hidup bahagia dan tidak mahu terus selama-lamanya hidup bergelumang dosa. Baginya, apa yang berlalu sudah berlalu...

Perbuatan lucah anak pengasuh

Kangar : Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang kerap menangis sebaik menghantar ke rumah pengasuhnya di Jalan Padang Bohor - Guar Syed Alwi, disini, sejak seminggu lalu, membongkar rahsia apabila mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral di rumah pengasuhnya sejak sebulan lalu.
Difahamkan, mangsa yang juga anak bongsu daripada emapt beradik dihantar di rumah berkenaan sejak setahun lalu dan dipaksa melakukan seks oral oleh anak pengasuhnya berusia 15 tahun.