"Saya membesar tanpa kasih sayang ibu bapa. Sejak kecil saya hidup bebas. Secara peribadi, memang mahu jalani kehidupan seperti rakan sebaya lain. Namun saya anggap semua ini suratan takdir"....
Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah..
Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekaligus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani..
Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali..
Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.
Rupa dan fizikalnya seperti remaja awal 20-an, tetapi hakikatnya usia gadis montok berkulit gebu ini baru menjangkau 14 tahun dan masih bersekolah. Lebih mengejutkan, pada usia itu remaja bertudung ini menjadi antara cikaro rebutan dan terkenal di beberapa lokasi 'panas' tumpuan samseng jalanan sekitar ibu kota. Dibesarkan dalam keluarga berantakan dan terbiar tanpa belaian kasih sayang ibu bapa menjadi alasan Nina untuk hidup bebas tanpa batasan agama. Namun jauh di lubuk hatinya, dia tetap berkongsi impian sama dengan rakan sebaya lain iaitu menjalani hidup bahagia dan tidak mahu terus selama-lamanya hidup bergelumang dosa. Baginya, apa yang berlalu sudah berlalu...
No comments:
Post a Comment